Adakah Melayu Bacul?

Teman berpendapat, kebanyakan pengundi Melayu yang masih mengundi UMNO/BN (Babi Nasional mengikut setengah pendapat) adalah Bangsa Melayu bacul.

Mereka-mereka yang hidup dan mengalami zaman perang dunia atau kebangkitan politik mungkin boleh dikecualikan kerana mereka mengundi UMNO lebih kepada semangat sentimental, berbanding dengan keupayaan sebenar UMNO. Di jiwa mereka hanya ada UMNO, kerana pada masa itu hanya UMNO yang nampak jelas dan nyata berbanding dengan PAS, KMM dan yang lain-lain.

Juga mereka memandang “tinggi” kepada Rahman, Razak, Hussein, Mahathir dan Abdullah sebagai warga elit atau kelas atasan. Mereka masih ditakuk lama dengan prinsip, “siapalah kita, mereka itu orang terpelajar dan lebih tahu dari kita. Biarkan mereka buat kerja mereka. Lagipun kalau kita tak undi mereka, apa akan jadi pada bangsa Melayu kita”; mereka-mereka ini boleh dimaafkan.

Hari ini teman ingin bercerita lebih kepada generasi pra merdeka atau pun mereka yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa dizaman Hussein Onn, Ibrahim Yaacob, Chin Peng, Ahmad Boestaman dan yang lain-lain berjuang untuk kemerdekaan. Teman sekadar ingin bertanya kepada mereka; Menagapakah anda masih mengundi UMNO?

1. Penguasaan Ekonomi Melayu Masih Dibawah 20% semenjak 1957 – 2008

Apakah alasan anda untuk memberi amanat kepada sekelompok manusia yang mempunyai ideologi dan perangai yang sama untuk mengubah sesuatu yang mereka telah gagal lakukan semenjak 51 tahun yang lalu?

Mereka hanya berjaya menjadikan diri mereka atau orang-orang yang berkepentingan kepada mereka lebih kaya dari sedia ada. Tahukah anda, 18% kuasa ekonomi Malaysia yang dikuasai oleh orang Melayu terletak di kocek 2% orang Melayu (UMNO). Yang selebihnya diberikan kepada kita untuk mmengemis di bumi sendiri.

Mana mungkin ketua polis yang orang semua tahu akan jumlah gajinya boleh mempunyai rumah bak istana dan kereta mewah menjalar. Mana mungkin ahli parlimen yang gajinya tak sampai RM10,000 boleh mampu beli rumah banglo harga jutaan ringgit. Mana mungkin pegawai atasan kerajaan seperti Ketua Pengarah (orang UMNO belaka) yang gajinya tak sampai RM30,000 boleh ada banglo 4 dan 5 biji; termasuk kereta mewah 5 dan 6 biji. Mana mungkin?

Apakah anda memerlukan lagi alasan untuk tidak mengundi si bangsat-bangsat ini?

2. Tahap Pelajaran/Kelulusan Melayu Yang Masih Rendah semenjak 1957 – 2008

Bila kita lihat negara-negara yang telah mencapai kemajuan secara mendadak walau telah musnah akibat peperangan seperti Jerman, Jepun, Belanda, Sweden, Korea dan China; ianya adalah kerana sistem pelajaran(terutamanya di peringkat sekolah menengah dan universiti) mereka rata-rata menggunakan bahasa ibunda mereka unntuk tujuan pemahaman yang lebih efektif.

Melayu UMNO masih gah dengan Bahasa Inggeris si penjajah dengan alasan ianya bahasa antarabangsa; walhal Bahasa Inggeris dipilih oleh Melayu UMNO lebih kepada sifat riak dan takabur kerana pada mereka Bahasa Inggeris adalah bahasa kelas atasan yag layak untuk mereka.

Hanya mereka yang gila, tamakkan kuasa dan tidak mahu bangsa sendiri lebih maju dari sendiri sahaja yang akan meneruskan polisi sebegini. Seorang “negarawan” go to the extra mile untuk memastikan Melayu terus mundur apabila Sains dan Matematik di peringkat sekolah mesti diajar dalam Bahasa Inggeris. Apa kejadahnya motif lahanat ini?

Kesannya sangat jelas dari dulu lagi, tetapi tiada langkah pemulihan dilakukan kerana Melayu UMNO tidak mahu ada Melayu lain lebih maju dari mereka; bimbang kuasa mereka “dirampas”. Walhal yang diberikan bukan kuasa; tetapi amanat.

Adakah anda masih memerlukan alasan lain untuk tidak mengundi banjingan-banjingan ini?

3. Tahap Pemikiran Melayu masih ditakuk lama sebagai bangsa lemah tidak terbela jika UMNO tidak berkuasa; mana mungkin harta sebagai ganti pembelaan.

Persoalannya sekarang lebih kepada terbelakah nasib Melayu di bawah UMNO?

UMNO berlagak seperi samseng dengan berkehendakkan imbuhan keatas “pembelaan” yang diberikan. Mereka ini saling tak tumpah seperti sialan jalanan yang memeras ugut bangsa sendiri atas nama “perlindungan” kononnya.

Tok nenek dan ibu bapa kita, termasuk kita lagi telah dibrainwash oleh UMNO; Melayu itu lemah dan perlukan “perlindungan” dan “pembelaan” dari UMNO. Melayu diberi segala macam “pembelaan” seperti

a. ASB/ASN/Tabung Haji/Bank Rakyat dengan pulangan tinggi

b.. 7% diskaun untuk pembelian hartanah

c. Lebih tempat di pusat pengajian

d. Dana perniagaan dan macam-macam lagi

Tetapi orang lupa, untuk mendapatkan kesemua keistimewaan yang diberikan kepada Melayu oleh UMNO, terlebih dahulu Melayu perlu ada kuasa ekonomi.

Tanpanya, tiada erti pulangan ASB atau Tabung Haji sebanyak 12% kalau simpanannya ada RM300.

Apa guna diskaun 7% untuk rumah berharga RM250,000 jika rumah RM100,000 pun tak mampu nak beli.

Apa guna lebih tempat disediakan di pusat pengajian tinggi, jika nak hantar anak pergi sekolah menengah pun masih ada Melayu yang tidak mampu.

Apa guna dana perniagaan disediakan hingga berbilion ringgit, jika tiada ilmu atau pengetahuan untuk memulakannya.

Penyudahnya, kesemua “pembelaan” yang UMNO berikan pada bangsa Melayu, untungnya datang kepada mereka.

Hanya Melayu UMNO sahaja yang simpan duit sampai tahap maksimum RM300,000 di dalam ASB, RM100,000 dalam ASB untuk meraih dividen; habis nama anak cucu cicit buyut digunakan untuk meraih kekayaan negara yang kononnya milik Melayu.

Hanya Melayu UMNO sahaja yang mendapat keuntungan diskaun 7% bila membeli rumah harga RM1 juta dan RM2 juta hasil duit haram yang mereka kumpulkan.

Lebih keji lagi, Melayu UMNO ini menuntut supaya anak-anak mereka diberikan pinjaman atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Melayu UMNO ini juga memutarbelitkan kertas kerja untuk mendapat dana untuk memulakan perniagaan, yang mana kemudiannnya duit itu mereka masuk terus dalam poket sendiri.

Cukuplah sudah alasan teman berikan untuk anda tidak mengundi si UMNO petualang dan pengkhianat bangsa ini.

Penyudah

Cukuplah tuan-tuan dan puan-puan. Kesedaran yang macam mana lagi perlu diberikan pada anda supaya berhenti mengundi UMNO/BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: