Ajar anak tidak meminta

SEORANG bapa yang mempunyai tujuh orang anak secara berjenaka
memberitahu rakannya bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah saat paling
dinanti-nantikan.

Apa tidaknya, ketika sambutan lebaran itu, ‘armada’ anak-anaknya
akan mengelilingi seluruh kampung untuk mengutip duit raya dan berlumba
siapa paling banyak ‘dana’.

Pada akhirnya, bolehlah dia mengenakan sedikit ‘cukai’ ke atas
kutipan anak-anaknya tersebut sebagai menampung bajet keluarga yang
bukan sedikit dihabiskan sempena hari raya.

Kata-kata gurauan itu mungkin bersifat sinikal tetapi ia turut
mencetuskan polemik mengenai sikap anak-anak kecil zaman kini bersaing
mencari duit raya.

Mengulas perkara ini, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling, Universiti Malaya, Prof. Dr. Suradi Salim (gambar) berkata,
didikan perlu diterapkan sejak kecil lagi.


Ini kerana berdasarkan pengalaman beliau sendiri, ada ibu bapa tidak
peduli anak-anak dibiarkan berjalan ke rumah-rumah jiran semata-mata
untuk berebut mengutip duit raya.

“Ini kurang baik kerana kanak-kanak era 1960-an dan 1970-an dulu
datang ke rumah orang pada hari raya untuk mengeratkan hubungan sesama
jiran, bukan cari duit raya,” jelasnya yang berpendapat nilai ideal
duit raya kini ialah RM5.

Suradi masih ingat bagaimana ibu bapanya mendidik semasa kecil tidak
meminta duit raya kecuali diberi sendiri tuan rumah dan itupun setelah
berjam-jam ‘melepak’ di rumah itu.

Daripada pengalaman itu, beliau bukan sahaja dapat mengenali jiran
dan saudara mara malah tidak berani berbuat jahat kerana semua orang
kampung pun mengenali beliau dan keluarganya.

“Saya agak terkejut melihat trend kebelakangan ini kanak-kanak entah
dari mana dan kita tidak kenal keluarganya tiba-tiba muncul meminta
duit raya pula,” kata Suradi.

Justeru beliau menasihatkan ibu bapa agar membimbing anak-anak
ketika berhari raya di rumah orang dan tidak mengharapkan sangat pada
pemberian duit raya tuan rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: