Ketuanan Melayu

Salam Buat Semua,

1) Isu ketuanan Melayu seakan ‘laris dan hangat’ didebatkan sepanjang tahun 2008 ini. Ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu / Bumiputera adalah dua entiti yang berbeza dan masing-masing mempunyai takrifan dan pengamalan tersendiri. Ramai juga yang ‘berdebat’ sebenarnya tidak cukup layak kerana gagal memahami terma tersebut. Ketuanan Melayu merujuk kepada kedudukan Raja-Raja yang semuanya berketurunan Melayu sebagai ketua negeri (9 negeri) disamping Tuan Yang Dipertua Negeri (4 negeri yang tidak mempunyai Raja). Selain itu, ianya juga membawa pengertian Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia ini.

2) Ini mengesahkan status bahawa bangsa Melayu / Bumiputera adalah ‘pembuka’ tanah dan pihak yang memulakan tamadun di sini. Perlu difahami juga bahawa pada asalnya, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai, selatan Thailand dan selatan Filipina adalah satu gugusan yang diistilahkan sebagai Nusantara. Pihak tertentu pasti cuba mengatakan bahawa Orang Asli adalah ‘pembuka tanah’ yang sebenarnya. Takrifan penduduk asal sesuatu negara yang banyak diguna pakai di seluruh dunia lebih merujuk kepada pihak / bangsa yang memulakan kerajaan / tamadun di sesuatu kawasan itu.

3) Nusantara bolehlah diertikan sebagai satu gugusan yang banyak persamaan daripada segi agama, budaya, bahasa dan cara hidupnya. Orang Cina asalnya di gugusan tanah besar China manakala orang India, Bengal, Sikh, Pakistan pula di gugusan benua kecil India.

4) Apabila ada pihak yang mengatakan bahawa bangsa Melayu adalah ‘pendatang’ kerana mereka datangnya daripada tempat selain daripada ‘semenanjung Tanah Melayu’ maka ianya adalah silap dan sungguh menyimpang daripada pemahaman sejarah dan struktur geografi.

5) Gugusan bolehlah diibaratkan sebagai ‘benua kecil.’ Komunitinya mempunyai kaitan yang cukup kuat dan tidak jauh bezanya dalam pelbagai aspek. Gugusan juga memiliki keadaan iklim yang serupa. Nusantara beriklim Khatulistiwa secara majoritinya. Benua kecil India merangkumi India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Benua kecil China merangkumi China, Taiwan, Macau, Mongolia dan Tibet. Eropah juga boleh dibahagikan kepada beberapa gugusan.

6) Mobiliti (pergerakan) secara bebas dan rawak penduduk-penduduk asal beratus-ratus tahun dahulu adalah normal di dalam gugusan masing-masing. Mereka bukan pendatang dan proses penyesuaian berlaku dengan mudah lagi segera.

7) Apabila zaman bertambah moden dan ‘akal’ manusia semakin bijak dan mudah memikirkan ‘kepentingan’ puak-puak sendiri, maka gugusan menjadi semakin tidak penting dan mereka mula memikirkan konsep negara bangsa. Maka gugusan terpecah-pecah kepada beberapa negara yang berbeza, menjadi lebih fokus dan kompleks.

8) Gugusan Nusantara kini terbahagi kepada negara-negara spesifik seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai Darussalam, Thailand dan Filipina.

9) Ketuanan Melayu bukan bermaksud Melayu adalah ‘tuan (bos)’ dan kaum yang asalnya bukan daripada Nusantara adalah ‘kuli.’ Ketuanan Melayu bermaksud memperakui bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya sebagai penduduk asal gugusan Nusantara ini yang memulakan tamadun, membuka tanah dan memulakan penempatan juga kerajaan awal yang berstruktur sempurna. Akibatnya, ia memudahkan proses penghijrahan bangsa-bangsa yang datang daripada gugusan luar daripada Nusantara ini.

10) Ketuanan Melayu tidak bermaksud untuk mencurigai mahupun menzalimi warga Malaysia yang bukan berstatus Melayu / Bumiputera. Ketuanan Melayu patut dimengertikan sebagai satu proses ‘tanggungjawab’ bangsa Melayu itu sendiri untuk memastikan Malaysia ini kekal aman dan damai sentiasa agar semua rakyatnya sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Sikh (dan banyak lagi) terjamin keselamatannya. Melayu adalah ketua negara, Melayu juga yang sanggup lagi rela untuk memenuhkan jawatan-jawatan seperti tentera, polis dan bomba. Maka, Melayu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti perniagaan, pendidikan dan perkilangan dapat berjalan dengan stabil dan selamat selalu. Itulah ketuanan Melayu yang selalu disalahertikan.

Neba2020: Hormatilah ‘tuan’ sebagai sahabat kerana ‘tuan’ tidak pernah memandang yang lain sebagai ‘kuli’ mahupun ‘hamba.’ ‘Tuan’ tanpa disedari banyak memberi kelonggaran kepada sahabat yang lain untuk meraih kesenangan juga kemewahan sejak berzaman di bumi ‘tuan’ ini. ‘Tuan’ yang satu ini amat susah untuk dicari di tempat lain kerana ‘tuan’ di tempat lain biasanya amat pantang untuk melihat sahabatnya menjadi lebih kaya lebih senang lebih pandai. ‘Tuan’ yang satu ini cukup liberal, cukup pemurah dan cukup mudah mengalah demi menjaga hati sahabatnya. Sahabat dan ‘tuan’ biarlah terus berbaik dan wajarlah ‘dibunuh’ sesiapa yang cuba mencipta kebencian di antara keduanya itu ….

http://fendy1982.blogspot.com/2008/11/ketuanan-melayu.htm

One Response

  1. Konsep Melayu usah dipersempitkan. Melayu bukan diukur keturunan darah sahaja. Menjadi Melayu Malaysia tidak perlu berdarah Melayu.

    Bahasa Melayu bahasa semua rakyat Malaysia. Raja-raja Melayu penaung rakyat Melayu (Malaysia). Rakyat Melayu terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

    Kerajaan Melayu adalah kerajaan Malaysia. Kalau tidak ketuanan Melayu di negara ini maka nak dibubuh ketuanan apa. Ketuanan asing? Melayu itu luas dimensinya. Yang sempit si pemahamnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: